Mari kita bersantai sejenak…..
Catatan suka duka guru Pemulihan Khas
Bermula tahun 2004 hingga kini, saya mula mengajar murid pemulihan disekolah saya sakarang ini.Sebelum kelas Pemulihan ini dinaik taraf pada penghujung 2007,bilik pemulihan ini terletak dihujung bangunan dan berkongsi dengan bilik bahan bantu mengajar(BBM).Pada awal saya memegang jawatan ini,kelas ini sangat daif…dan tidak kondusif…..semua itu tidak mematahkan semangat saya walaupun pada mulanya saya sangat kecewa apabila saya diarahkan oleh pihak pentadbir.Walaupun kecewa tapi saya terima dengan lapang dada demi anak-anak murid yang saya kasihi…
Dengan itu bermulalah perjalanan kerjaya saya sebagai Guru Pemulihan Khas.Persepsi sesetengah pihak yang memandang guru pemulihan khas ini guru Kelas bawahan..saya lontarkan jauh-jauh.sebaliknya saya motivasikan diri saya jika tidak bermula dari kelas pemulihan ,maka ianya akan memberi kesan pada sekolah terutamanya dalam peperiksaan .Impaknya sangat besar.Sebenarnya guru pemulihan banyak membantu guru-guru di kelas perdana untuk memulihkan murid tanpa disedari.Memang murid pemulihan kebiasannya tidak ramai bilangannya tapi keupayaan murd-murid ini belajar adalah berbeza dengan murid-murid kelas biasa.”Hanya Jauhari yang mengenal manikam”
Pelbagai ragam,masalah yang saya hadapi semasa mengajar di kelas pemulihan..Maklumlah bukan opsyen..tapi itu bukan halangan untuk saya tidak mengajar murid-murid ini.Saya himpunkan segala idea,pendapat kawan-kawan,serta guru yang pernah mengajar kelas pemulihan.Saya juga mendapat pendedahan untuk mengajar murid pemulihan,menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak jabatan.Kini setelah hampir 6 tahun menyandang jawatan sebagai guru pemulihan khas disekolah ini saya berasa amat seronok sekali.dengan tugas saya sekarang.
Keadaan kelas pemulihan yang saya ajar sekarang mula ini amat kondusif dan ianya sangatlah berbeza dengan kelas yang terdahulu, saya amat bersyukur kerana unit Pemulihan Khas mengambil berat tentang kepentingan dan keperluan guru-guru serta murid-murid pemulihan khas..Bilik ini dilengkapi dengan alat penghawa dingin.bahan bantu belajar ,alat permainan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelas pemulihan disekolah saya menyediakan sepuluh tempat untuk murid- murid pemulihan. Kebanyakannya di dominasi oleh murid lelaki.Pengalaman manis saya sepanjang memegang jawatan ini ialah apabila pada tahun 2008 seramai 12 orang murid murid saya telah dapat membaca dengan baik dan saya lepaskan mereka ini untuk belajar dikelas perdana. Saya juga ingin mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada guru-guru yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya.kami saling berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah murid-murid pemulihan ini.Hubungan guru dikelas biasa dengan guru pemulihan amat penting bagi mengetahui kelemahan dan perkembangan murid.Ini akan memudahkam proses pengajaran guru dan tindakan yang harus diambil.
Mengajar murid pemulihan khas menuntut kesabaran yang tinggi.Motivasi diri,sikap simpati,empati.sabar,penyayang perlu ada pada guru yang mengajar pemulihan.Jawatan ini pada pandangan saya tidak boleh disandang sebarangan atau tangkap muat saje…murid akan menjadi mangsa..maaf kata guru yang terlampau garang tidak sesuai untuk menyandang jawatan ini.
Sifat dan ciri-ciri murid pemulihan memang berbeza dengan murid-murid dikelas biasa.Kadang –kadang kita lupa ,menyebabkan mereka ini terabai.dari segi perhatian dan kasih sayang.
Perkembangan mereka ini amat perlahan dan perlukan kesabaran.Pengajaran dan pembelajaran perlu diulang-ulang .sukatan pelajaran bukan untuk dikejar dan dihabiskan tapi bagi saya kemahiran perlu dikuasai dengan baik.
Kebanyakkan murid pemulihan yang saya ajar, tidak mempunyai masalah pembelajaran yang kronik.Kebanyakannya hanyalah masalah kekeliruan dan disleksia.Selepas enam bulam pertama mengikuti kelas pemulihan bersama saya ,kebanyakkan murid akan mula berdikari untuk belajar mengeja.Saya menggunakan pelbagai program untuk mengajar murid-muird ini.Antaranya Program ‘Get ang Win”.selain itu saya menggunakan kaedah Mastery Learning . Kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengajar.Murid-murid perlu diajar sehingga benar-benar menguasai satu-satu kemahiran..Program ‘Get ang Win” adalah satu program dimana murid akan mendapat ganjaran dari guru apabila berjaya menguasai kemahiran yang diajar..
Namun begitu bukan mudah untuk melaksanakannya.kadang-kadang memakan masa berbulan-bulan namun tiada hasil.Disini kita jangan lupa.kita tidak keseorangan dalam menempuh masalah ini.Jangan lupa berdoa kepada yang Esa.Mohon diberi kekuatan hati,semangat yang kuat.dan jangan lupa dalam doa kita ada untuk murid kita.Insyallah..Setelah kita berusaha sedaya upaya kita serahkan pada yang Esa.
Berbalik kepada program yang saya jalankan,setiap kali selepas satu-satu kemahiran itu diajarkan kepada murid, saya akan susuli pula dengan latihan(Buku khas yang saya buat sendiri berdasarkan kemahiran dan sukatan)Murid-murid akan menjawab soalan-soalan sambil berlatih untuk menulis dengan betul.Ada juga buku latihan yang saya beli sendiri,dan saya akan fotostatkan untuk murid saya apabila selesai sahaja membaca.Ia adalah wajib.Begitulah yang saya lakukan setiap hari setiap minggu dan seterusnya.
Namun cabaran mengajar murid pemulihan khas ini adakalanya memang menguji kesabaran.Disinilah kita akan diuji sejauh mana sabarnya kita untuk mengajar tulis baca,
Memegang pensel,cara hendak menulis dengan betul didalam buku tulis.Murid pemulihan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.Antaranya mudah lupa.kekeliruan, takut ,nampak tidak kemas,(sebahagian)menyendiri,tidak yakin,malu hendak bergaul,sebenarnya mereka ini menuntut perhatian dari kita dan mereka ini mudah untuk didekati kalau kena caranya.
Murid pemulihan khas ini kebanyakkannya belajar dengan cara menghafal dan mengingat saja.
Ini berdasarkan pengalaman yang saya lalui bila diuji barulah disedari bahawa murid tersebut belum menguasai.Oleh itu bagi mempastikan murid ini menguasai bukanlah sesuatu yang mudah. Disini jelas, bahawa tugas guru pemulihan bukanlah semudah yang disangka.Tapi kepuasan akan terasa bila murid yang kita ajar dari tidak tahu apa-apa,sehingga boleh membaca dan menulis dengan baik, memang terasa kepuasannya.
Kadang-kadang saya rasa sedih apabila ada rakan-rakan yang melebal guru pemulihan tidak banyak kerja,murid sikit,banyak masa senggang dan sebagainya.Tapi mereka yang bercakap sedemikian adalah mereka yang tidak memahami tugas sebenar guru pemulihan.
Tapi tidak mengapa.Demi kebaikan kita abaikan sahaja.Kita buat kerja kita………….
Mengajar kelas pemulihan guru perlu sabar,guru perlu kreatif,ambil berat,selalu bertanya,dan selalu berikan ganjaran(kata-kata pujian,hadiah sekali sekala,kata-kata semangat).Saya juga ada berhubung dengan keluarga murid.Saya akan berbincang dengan keluarga murid tentang permasalahan anak-anak mereka.Kebanyakkannya memberikan sokongan yang positif.Adakalanya saya memohon bantuan dari penjaga murid untuk membantu saya mengatasi kelemahan anak-anak mereka yang terlibat dalam program ini sewaktu cuti sekolah dan dirumah..Saya sangat beruntung kerana komuniti tempat saya bertugas adalah anak-anak kenalan saya sendiri.Ini menjadikan saya mudah untuk berkomunikasi dan berbincang dengan mereka..
Pada tahun ini saya tidak mempunyai masalah yang berat.Hanya masalah yang biasa tetapi murid terlalu lambat untuk menguasai satu-satu kemahiran.Ingatan mereka sangat rendah yakni mudah lupa hinggakan saya sukar untuk mengajar kemahiran baru.Dua tahun berlalu barulah menampakkan sedikit hasil.Saya berazam agar tahun ini saya dapat mengajar anak murid saya membaca dengan baik sebelum mereka melangkah ke tahun 4 pada tahun hadapan..
Diharapkan apa yang saya tulis ini boleh dijadikan bahan perkongsian dengan guru yang yang sealiran dengan saya.Tiada apa yang ingin tonjolkan sekadar sedikit pengalaman yang saya lalui sepanjang saya menyandang jawatan ini.Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan terokai untuk bidang ini.Ketika ini saya amat menyukai bidang ini dan kalau diizinkan waktu ingin saya mendalaminya dan kalau boleh biarlah saya kekal dalam jawatan ini sampai bila-bila..Pesan saya Sayangilah anak muird kita kerana mereka ini inginkan perhatian dan kasih sayang..jangan sekali-kali merendah-rendahkan murid kita,kerana mereka ini amat berharap kepada kita..sebaliknya sayangilah mereka..belailah mereka dan yang penting ajarlah dengan penuh sabar dan yang penting ikhlas…………….SIAPALAH KITA TANPA MEREKA,SIAPALAH MEREKA TANPA KITA….