twitter
rss

Disini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman  untuk membuat doh dari tepung gandum.
Cara membuat doh ini saya pelajari dari Pn.Rosmimah binti Embi Guru Besar SK Bukit Bintang Satu Petaling Jaya.Beliau merupakan Guru cemerlang Pemulihan Khas.Beliau juga merupakan JU Pemulihan di peringkat kebangsaan.Saya berharap perkongsian ini akan membawa seribu makna buat kita semua sebagai BBM dalam pengajaran kita.



Pn.Rosmimah binti Embi




Antara bahan-bahan yang diperlukan;

1.Sekilo tepung gandum
2.1botol kecil minyak masak
3.Pewarna BUNCHO ikut kegemaran
4.garam halus(supaya tahan lama)
5.Air
6.Besen untuk menguli .

Cara-caranya

1.Campurkan minyak( habiskan setengah )campurkan garam(1cawan) gaul.

2.Campurkan air sedikit demi sedikit (jadikan doh tidak terlampau keras dan tidak terlampau lembik)

3.Bila sudah sebati  bahagikan doh kepada empat bahagian dan uli sampai gebu( setiap doh)


Doh dibahagikan kepada empat bahagian

4.Kemudian barulah dicampurkan warna(untuk mendapatkan warna yang menarik satu doh 1 botol warna.

Mencampurkan warna dalam doh 

5.Uli lagi hingga warna sebati dengan tepung dan gebu.
Uli tepung hingga gebu

*hasil yang terbaik selepas diuli hingga sebati dan gebu,akan kelihatan minyak di telepak tangan anda.

Doh ini tidak merbahaya dan selamat untuk tahan lama jgn dedahkan terlalu lama nanti keras.selepas tidak digunakan simpan dalam bekas kedap udara.
Semoga ianya dapat membantu murid kita dalam pelajaran juga sebagi alat BBM yang meyeronokkan.


CONTOH DOH YANG DAH SIAP




















4 komen yg best !:

  1. Betul ke ni?

  1. Wah bestnya

  1. saya pun da buat untuk anak saya.. seronok anak saya main.. pastu tak lekat kat tangan pun.. selamat..

  1. Air tu air panas ke??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
kalau ada sumur diladang
Boleh kita berjumpa lagi
kalau ada masa yang panjang
Bolehlah jengok keblog saya lagi.......