twitter
rss

Mari kita renungi kata-kata ini:


ORANG PANDAI TAHU ERTI BODOH
                                        TAPI..


ORANG BODAH TIDAK TAHU ERTI PANDAI

kelas pemulihan saya mula dinaik taraf pada tahun 2007.Sebelum ini bilik saya hanya dibahagian hujung bangunan dan berkongsi bersama dengan bilik BBM.tahun ini merupakan tahun ke 6 saya mengajar kelas Pemulihan.Kelas  saya ini turut dikenali sebagai "KLINIK MINDA 'Semoga dengan terbinanya blog ini dapatlah saya dan kawan-kawan bertukar-tukar fikiran untuk dimanfaatkan bersama.



Gambar dihadapan kelas

Hiasan dinding kelas 

kad-kad perkataan yang digantung pada dinding




Kiosk Matematik





Disini saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman  untuk membuat doh dari tepung gandum.
Cara membuat doh ini saya pelajari dari Pn.Rosmimah binti Embi Guru Besar SK Bukit Bintang Satu Petaling Jaya.Beliau merupakan Guru cemerlang Pemulihan Khas.Beliau juga merupakan JU Pemulihan di peringkat kebangsaan.Saya berharap perkongsian ini akan membawa seribu makna buat kita semua sebagai BBM dalam pengajaran kita.



Pn.Rosmimah binti Embi




Antara bahan-bahan yang diperlukan;

1.Sekilo tepung gandum
2.1botol kecil minyak masak
3.Pewarna BUNCHO ikut kegemaran
4.garam halus(supaya tahan lama)
5.Air
6.Besen untuk menguli .

Cara-caranya

1.Campurkan minyak( habiskan setengah )campurkan garam(1cawan) gaul.

2.Campurkan air sedikit demi sedikit (jadikan doh tidak terlampau keras dan tidak terlampau lembik)

3.Bila sudah sebati  bahagikan doh kepada empat bahagian dan uli sampai gebu( setiap doh)


Doh dibahagikan kepada empat bahagian

4.Kemudian barulah dicampurkan warna(untuk mendapatkan warna yang menarik satu doh 1 botol warna.

Mencampurkan warna dalam doh 

5.Uli lagi hingga warna sebati dengan tepung dan gebu.
Uli tepung hingga gebu

*hasil yang terbaik selepas diuli hingga sebati dan gebu,akan kelihatan minyak di telepak tangan anda.

Doh ini tidak merbahaya dan selamat untuk tahan lama jgn dedahkan terlalu lama nanti keras.selepas tidak digunakan simpan dalam bekas kedap udara.
Semoga ianya dapat membantu murid kita dalam pelajaran juga sebagi alat BBM yang meyeronokkan.


CONTOH DOH YANG DAH SIAP




















Teknik Mengenal dan mengingat huruf

Antara teknik yang boleh dugunakan untuk mengenal huruf bagi murid kelas pemulihan khas 
Antaranya :

1.Guna surat khabar potong dan tampal


2.Bentuk huruf  dan nombor dari plastersin




3.tulis huruf dibahagian belakang badan murid(Deria sentuh dilakukan berulang-ulang)


4.Hubung kait huruf dengan objek seperti no.8 cermin mata.no 7.cangkul dan sebagainya.


5.Tekap huruf


6.Tulis diudara


7.Teknik puzzle


8.Mewarna huruf






mewarna






9.kolaj
kolaj dengan daun(benda disekeliling atau guna tisu




10.sambungkan titik-titik


11.Nyanyian...


12.Huruf-huruf juga boleh dikenali dan dipelajari melalui gambar,kotak bungkusan  seperti

a.Kotak makanan segera..(KFC)
b.Kotak colgate




kenal dan ingat huruf dari bahan terbuang seperti dari kotak ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
kalau ada sumur diladang
Boleh kita berjumpa lagi
kalau ada masa yang panjang
Bolehlah jengok keblog saya lagi.......